Tuesday, June 2, 2009

Islam Dihina Kanan Kiri Atas Bawah

Khamis, jam 8.00malam, Buletin Utama TV3 menyiarkan rakaman petikan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli Nordin yang berucap didalam sidang Parlimen pada waktu siangnya.

Suara Zulkifli Nordin sangat jelas, tegas dan lantang yang keluar dari corong suara peti tv, antara katanya: " Islam dihina kanan kiri atas bawah dari pihak kerajaan dan juga dari sebelah pembangkang. Suara azan yang menjadi syiar Islam dipertikaikan."

Wakil rakyat parlimen ini memakai ketayap warna cerah diatas kepala sewaktu berucap di Parlimen.

Zulkifli Nordin ialah seorang peguam yang turut serta dalam tunjuk perasaan yang membantah Majlis Peguam yang mengadakan seminar 'Memeluk Islam' yang turut di hadiri sama oleh ahli keluarga yang disebut 'teraniaya' ekoran suami atau bapa mereka memeluk Islam.

Beliau juga meminta bidang kehakiman syariah diberi kuasa lebih terutama dalam mengadili kesalahan yang melibatkan umat Islam. Oleh itu seorang Peguam Negara Syariah hendaklah dilantik.

Syor tersebut disokong oleh Ahli Parlimen BN Batu Pahat, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Roll