Friday, February 13, 2009

MENGHAPUS BUTA AL-QURAN

Masih ramai umat Islam khususnya di Sabah dan Mindanao yang buta alquran. Jika digabung semua umat Islam di dua negeri ini jumahnya tidak kurang dari 6juta orang. Sepatutnya mereka mempunyai 6000 orang hafiz quran dan 4 juta daripada mereka yang dapat membaca dan memahami Al-Quran dengan baik.

Untuk mencapai target ini maka perlu ada program membasmi buta Quran. Untuk itu kita perlu melahirkan guru-guru Al-Quran dan menyediakan mushaf Al-Quran sebanyak 4 juta buah. Selain daripada itu perlu kepada madrasah-madrasah Al-Quran yang canggih dengan persediaan alat-alat belajar yang terdiri daripada komputer yang memiliki software Al-Quran.

Bukan masanya lagi murid-murid yang belajar Al-Quran hanya bergantung kepada muqaddam al bagdadi tetapi mereka perlu alat pandang dengar yang dapat menggiring mereka membaca dan menulis dengan tepat.

Oleh itu diperlukan dana yang sangat besar untuk mencapai target ini yang bertujuan untuk merubah pemikian umat yang tertinggal menjadi kaum yang penguasaan Al-Quran dalam jiwa mereka melebihi segala-galanya. Akibat dari minimanya fahaman mereka terhadap Al-Quran maka arah hidup mereka menjadi tak tentu arah.

Perjuangan menuntut hak bagi diri mereka hanya menjadi kekacauan dan pertumpahan darah. Orang lain melihat mereka sebagai kaum yang tidak terpelajar. Kita ingin bawa mereka keluar dari kemelut ini dan mengangkat mereka dengan darjat ullumul quran.

Manakala di Sabah masih ramai mualaf-mualaf yang tidak kenal Al-Quran dan bertatih-tatih membaca Al-Quran. Hitungan yang menguasai Al-Quran sangat kecil bahkan bukan itu sahaja muslim keturunan pun ramai yang tidak dapat menguasai Al-Quran malah ada yang langsung tidak mengetahuinya.

Oleh itu kempen menghapus buta Al-Quran hendaklah digiatkan dengan sungguh-sungguh. Kalau tidak kita akan mempunyai umat yang hanya mempunyai kad pengenalan beragama Islam tetapi tidak mengerti Islam sebenarnya. Tidak hairanlah kalau muncul banyak ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam dan menyeleweng daripada Al-Quran.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Roll